Thursday, June 9, 2011

Kereta husband hilang kat stesen minyak!

Patutla rasa tak sedap hati je semalam.Rupa-rupanya kereta husband hilang semalam kat stesen minyak .Lebih kurang pukul 11 lebih malam.Masa tu tengah buat kerja, hujan dan ramai orang kat stesen tu. Kebetulan pulak tempat letak  kereta tu takde cctv. Selama husband kerja, dah pergi merata stesen minyak kat johor ni,last2 kat Desa Tebrau, JB kereta tu hilang.

Appointment nak check baby hari ni  pun terpaksa tangguh dulu. Husband nak settle pasal kereta.Lain kali la pergi klinik.Baby dah masuk 8 bulan dah.Cepat betul rasanya masa ni berlalu. Due date hujung bulan 7!

Sedih..memang sedih. Sebab kereta ni dah banyak sgt berjasa. Pagi2 pukul 5 dah call mak.kat kampung.Mak pesan kena redha. Itu sebagai ujian daripada Allah untuk menguji hambaNya.Banyak lagi harta yang kita masih ada kan..rumah,suami,anak,keluarga… bersyukur dan insyaAllah, Allah akan beri lebih dan lebih baik daripada apa yang kita sangkakan. Bersabar dan berdoalah….Ya Allah, kuatkanlah semangat kami.

So,sesiapa yang ternampak kereta waja JHU 3287 warna gold, kat tepi jalan ke,tepi highway ke, kat mana2 la,minta tolong report kat balai polis yang berdekatan ye..terima kasih…

Doa ketika dalam kesusahan.

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
(Al-Anbiya' : 87)





Tuesday, June 7, 2011

Simple & Easy Shoppe


Sempena Pembukaan Rasmi SIMPLE & EASY SHOPPE
Giveaway kepada folower bertuah!
Klik Sini atau banner kat atas untuk join.
Tarikh tutup: 25 JUNE 2011


Syilasyira 2nd Giveaway

Syilasyira 2nd Giveaway!
Klik banner kat atas untuk join,k..
Tarikh tutup: 20 Jun 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...