Saturday, November 20, 2010

Buah delima


Setakat ni beli kat tesco je..selalu 1 biji dlm 2 rgt lebih..dapat la rase..nyum2..maniss..biji pun kena makan skali tau..skrg ni breasfeed zakirah pun still makan lg..


Okeyla, ni antara info, khasiat & kelebihan buah delima:-
-Dikenali juga sebagai pomegranate, punica granatum, ar-rumman dsb.
-Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
-Baik untuk mengubati batuk
-Dapat mengubat radang usus
-Mengurangkan panas badan
-Mengatasi jantung berdebar
-Menghalang pembentukan sel kanser
-Mencantikkan kulit
-Mencegah dari nyanyuk
-Memberi tenaga
-Elok untuk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
-Elok untuk sistem penghadaman
-Mengurangkan berat badan
-Memperelokkan rahim
-Mengubat buasir iaitu airnya disapu kebahagian yang bengkak beberapa kali sehingga sembuh.

Selalunya orang mengandung digalakkan makan buah delima .Orang selalu kata
-Anak jadi cerdik,comel,mata & bibir cantik
-Kurangkan ‘morning sickness’
-Dalam satu biji buah delima tu ada satu ulas yang berkat & berguna untuk pembentukan otak yang cerdas dan bijak untuk ibu & bayi dalam kandungan.Jadi, kena mkn sorang2, jangan kongsi dgn husben,hihi..

Apa2 pun kita kena la selalu berdoa yang terbaik untuk diri kita & anak2 kita..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...